2011-10-19
engkau tidak bersendiri
dibirai bibir, kita lantunkan bersama kalimah syahadah
kita tuturkan juga bicara yang sama
pada kaki yang melangkah, kita melangkah pada arah yang sama
diatas pundak bahu, kita pikul beban dakwah yang sama
pada jiwa naluri, tersemat hasrat yang sama
namun akhi,
mengapa saat duka kau bersendirian?
jauh dariku bahkan menjauh bila aku menghampirimu
ya, mungkin benar kau tidak ingin melihat sahabatmu terbeban dengan deritamu
tapi akhi, percayalah daku, hati ini lebih parah begini - melihat sahabat terbeban sendiri.
daku lebih bahagia segala deritamu dikongsi bersama -bahagia yang amat.
biarlah pada jasad yang berbeza, kita juga punyai hati yang sama.
~merinduimu
junaidiahmad
19 Okt 2011
Bumi wakafan MADI
2011-10-17
sesempurna kasihMu
usiaku meniti lagi
angka 23 bukan kemegahan
hanya sejuta kesyukuran
diri hina ini menyimpuh padaMu
dengan satu harapan dan doa
Ampunilah daku, berkatilah usiaku dan jauhilah daku dari azab nerakaMu.
~sepantas masa
junaidiahmad
17 Okt 2011
Bumi Wakafan MADI
2011-09-29
bebas merdeka
lama ia terkurung
dalam sangkar jiwa ini
meski beberapa kali dicuba mencari jalan keluar
namun pintu tiada ketemui apatah lagi kuncinya
hingga, jiwa ini membengkak menahan berontak rasa
saat ini ia mencuba lagi pintu dilakar dan dilorek pada dinding hitam
benar-benar ia mahu bebas merdeka – dari sebuah jajahan minda
derita selama waktu telah memberi erti kehidupan padanya
tiada ingin ia melihat jasad dimamah noda yang berpanjangan
tiada ingin ia melihat akal dipandu nafsu yang bermaharajalela
ia perlukan sebuah kekuatan- untuk mengoyak sangkar itu
ia perlukan sebuah panduan- agar terus bebas merdeka
maka bisikkanlah pada ia “apakah Al Quran tidak cukup untuk menjadi kekuatan dan panduan mu?”
bumi wakafan MADI
29 Sept 2011

Subscribe to:
Posts (Atom)