2013-12-22

Tarbiyah itu nadi

Bismillah..

Tarbiyah itu nadi.
Semakin jauh kita dengannya.
Semakin gelisah dan tidak tenang hati kita.

Tarbiyah itu segala-galanya.
Sukakan perkara baik itulah dia.
Bencikan perkara maksiat itulah dia.

Ringkasnya,
Tarbiyah itu harus dicari dan dikejar.
Bukan hanya menunggu dan melihat sahaja.
Moga Allah bukakan mata, hati dan minda kita untuk menyambut tarbiyah-Nya.


2013-10-16

Spectra

SPECTA
otot nadi senja
mulai meregang
perlahan cakrawala
menelan matahari
deru suara pesawat
melintas diatasnya
semua terekam
dalam satu bingkai
nuansa warna  
Achmad Masih | jingga Kasongan,2013

sekeping rasa dusta



rasa itu
ku pijak-pijak
pada perutnya
biar mati 
hanya yang merasai
betapa rasa ini kesakitan
yang harus dibunuh tanpa simpati

junaidiahmad | Okt 2013 Kangar