2011-08-11

usia senja

usia ini adalah fatamorgana
selalu menipu dan menyongsang akal manusia

ia membisikkan kemudaan pada hatimu
lalu kau habiskan ia dengan pelbagai noda
tak terasa engkau esok nyawamu direnjat

usia ini bukan milik kita
ia hanya pinjaman yang tidak dikhabarkan tarikhnya

lalu masihkan kita punyai ruang untuk bercanda alpa?

p/s: selamat hari lahir sahabat. Moga usia ini adalah usia perjuangan.

~tetamu ramadhan
11 Ogos 2011
bumi wakafan MADI, Perlis

No comments:

Post a Comment