Ya Allah.
Pagi ini basah seperti selalu.
Embun di daun rimbun nan menjalar.
Rumput basah tiada kaku-Kaki lembut menggesel-menyirap kalbu
Dan hati ini,
Turut basah-zikir padaMu spontan melantun merdu
Semalam.
Ada cerita panjang.
Cinta dua hati-tiga segi-empat segi-bersegi-segi
Hati yang satu ini Kau campakkanlah pada yang berhak
Agar cinta ini jatuh pada yang hak
Cantum menjadi satu-sudah lama menunggu.
Kelmarin
Ada kisah -mengajar diri dan hati
Lari merempuh pagar-dosa berantakan
Terbang menuntun hati-taubat berpanjangan
Usaha dan usaha-hati dan jasad penat lelah tidak mahu berhenti
Laksana rajawali terbang tinggi
Hentian dan cuaca silih berganti
tetap juga terbang tinggi
Biar sayap patah
tetap tabah
Allah-kembaraku menujuMu
Kembalikan daku kepadaMu dalam keadaan yang paling Kau sukai.
No comments:
Post a Comment