2012-02-20

Selagi bernyawa



Selagi jasad bernyawa
perjalanan yang panjang perlu diteruskan
wahai saudaraku, angkatlah sauh yang dilabuh rehat ditepian pantai itu,
jangan biarkan ia rosak bukan dimedan juang

biasalah, terkadang kita alpha terpana akan keindahan pulau yang disinggahi
dan terasyik dengan alunan desiran angin yang mendayu
namun awas! jangan biarkan jiwa ini terbuai dengan mimpi-mimpi itu
ingatlah kisah Kaab bin Malik wahai saudaraku.

perhentian kita bukan disini
nun, ummat yang lemas ditenggelami akrobat pemikiran celaru sedang melambai-lambai
jiwa mereka kosong, akal mereka tidak mampu memintal isu maka terbelitlah leher

Hati mereka resah gelisah, tak sedar sudah jauh beralih arah-terpesong
Akal mereka sempit-gelap-legap

Ya…kita tiada apa-apa.
Cuma salahkah menyuburkan hati-hati yang layu.
Ya kita tiada harta…
Cuma salahkah kita berkongsi hati yang kaya iman dan cinta Tuhan?
Ya..kita tiada rupa. Tiada lagak bergaya.
Cuma salahkah kita tonjolkan wajah jernih itu?

Al-Imaan…itu bersih dan membersihkan.
Selagi jasad bernyawa, akan dipikul tugas amanah Tuhan
Selagi jasad bernyawa, harus diteruskan langkah jalanan menuju Tuhan
Selagi jasad bernyawa, perlu dibawa bersama jiwa yang rindukan Tuhan

Selagi jasad bernyawa…selagi itu aku kan rindukan Tuhanku, Rasulku..
Selagi itulah tiada lelah, tiada penat, tiada takut, tiada segala-gala kesempitan yang meraja.

Yang ada..hanya cinta. Kerana aku bernyawa untuk Tuhanku.

-Tuan Habib
Februari 2012

No comments:

Post a Comment