Susun rapi aturan hidup
Bergelojak rancak sang badai
Tiada henti hembus si aman tenang tenteram
Semua
Menari bersama ceria dan suram
Hikayat manusia bukan sesenang dibaca mata dan akal
Dipandang bukan
Didengar pun bukan
Moga yang sabar, yang tenang, yang bersih, yang penuh iman, dan yang penuh redha pantas menangkap
Ada hikmah yang tersimpan
Cerita habib: Rabbi habli hukman, walhiqni bissolihin. Amin.
(Assyu'ara: 83)
2011-08-16
2011-08-11
usia senja
usia ini adalah fatamorgana
selalu menipu dan menyongsang akal manusia
ia membisikkan kemudaan pada hatimu
lalu kau habiskan ia dengan pelbagai noda
tak terasa engkau esok nyawamu direnjat
usia ini bukan milik kita
ia hanya pinjaman yang tidak dikhabarkan tarikhnya
lalu masihkan kita punyai ruang untuk bercanda alpa?
p/s: selamat hari lahir sahabat. Moga usia ini adalah usia perjuangan.
~tetamu ramadhan
11 Ogos 2011
bumi wakafan MADI, Perlis

2011-08-05
Crescent of Ramadhan
Long waits
Counting days
Opened heart
and sizzle pray
Beautiful dawn
Beautiful glaze
and holy space
O Allah, grant to me your grace,
for this I pray,
to carry on my work from day to day.
Cerita Habib: I love Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)