Titis embun jatuh kebumi
Butir-butir aman..tenang sekali
Sayu, sejuk, segar menghuni
Nyaman hati..anugerah Allah bertandang lagi
Cerita habib: tiada cerita. nak senyum je. =)
2011-07-30
2011-07-23
demi cinta
cinta bukan segalanya,
tapi segalanya perlukan cinta.
benar, segalanya memerlukannya.
sahabat, usah sempitkan definisi cinta
demi Allah yang menjadikan bumi dan langit
dan yang menjadikan diantara keduanya
diksi cinta itu tidak mampu dileraikan
meski kau cuba menyelamnya dalam
pasti tidak ketemui dasarnya
hanya hati yang dicelikkanNya
menerobosi hijab yang membutakan hati manusia lain
Oh,alangkah bahagianya dia.
alangkah bahagainya sang kekasihNya.
~mencari cinta abadi
23 Julai 2011
Santan, Perlis.
2011-07-22
Mana kamu?
Berlari-lari tanpa henti
penat lelah sendiri
jatuh dan lari lagi
tapi ...mana kamu sahabat?
mana kamu pergi...
andai dunia putar hingga diri penuh gusar
duduk tenang. Biar aman. fikir senang.
andai aku yang menyumbang kusut
ceritakan. agar masalah susut.
dan.. shbt, minta maaf untuk segalanya.
Cerita habib: If I'm not as what u think, x mengapa kah? X apa. Sbb I'm also not as what u think. =)

2011-07-18
HIKAYAT PAHLAWAN
asal yang indah
tegap yang kukuh gagah
tak perlu manusia terbaik sedunia
yang perlu cuma komitmen segera
amal dan faham yang terlaksana
teringat...cerita kartun xiaolin showdown:
"Kekuatan sebenar bukan terletak pada sehebat mana senjata seorang pahlawan,
tapi terletak pada sehebat mana pahlawan yang memegang senjata tersebut."
sedih,
tatkala tengkujuh, sudah menjadi retak menanti pecah
tatkala petir halilintar, barang boleh selamatkah?
rumpun ini,
yang menanamnya ramai.
asalnya dengan benih taqwa-takutkan Tuhan
Penjaganya doa-agar menurut acuan Tuhan
Soal baja-membaja, kita serah pada yang ahli
Soal menjaga, semua kena turut sama
Mungkin kali ini, yang ahli terlupa membaja
yang semua terlupa menjaga, menyiramnya
mungkin semuanya lupa, musimnya tidak kan sama.
Petani mana yang tidak mahu rumpunnya tumbuh segar malar.
Allah, kami mohon doa.
Cerita habib: QG. Kita Kuat Bila Bersama.

2011-07-10
"Bahasa Terindah"
Yang diucap dalam bahasa terindah.
jawapan yang bertanya didengar nabi.
antara kagum dan khusuk setiap ayatnya.
lereng gunung menjadi amat sunyi.
suara sajak tegas bergema.
disampai arah berkias maksud serentak,
tapi jelas intinya.
tidak sedetikpun Allah menghindar.
atau mencemuh nabi disisi segala didoa.
dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
penuh baraqah.
yatim ia tak berlindung,
tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
awal begitu bergantung,
kini tidakkah merdeka,
bebas hidupnya.
lirik: Dato' A Samad Said
lagu: Ramli Sarip
2011-07-07
segenggam tabah
"Barangsiapa mencicip rasa Islam,
Ia memahaminya.
Barangsiapa memahaminya,
Ia bangkit dengan ruhnya sebagai tebusan!"
-pepatah arab-
2011-07-04
sampan samudera
Belayar ke samudera pantas bisa menuntut
kudrat yang kukuh bijaksana
Namun disisi cuma sampan kolek
Apalah sangat. Mahu direntas benua, bersama akal sejengkal
Justeru, perlahan dibina kapal yang molek buatannya
Agar meredah badai, tidaklah pecah berkecai
Agar berlayar, seisi anak kapal meningkat pandai
Agar berlayar, nakhoda turut menambah ilmu alam menurut kiai
Menyungguhi semangat ini,
Perlu dicari ilmunya
Perlu dicari gurunya
Sampan kolek itu dibawa bersama
Itu asalnya.
Nah, moga kembali, membawa bahtera.
Cerita habib: Aim high, fly high.
Subscribe to:
Posts (Atom)