2011-08-28
SAJAK PERJUANGAN TUAN: episod 5
Prolog:
Biar masa berlalu,
Ombak indah menari berlagu
Sayu.
.......................................................................
Assalamualaikum Sahabat,
Baru di jengah muka ke arah muara
Terlihat sketsa perjuangan di hilir
Terkenang yang lelah
Terimbau yang lampau nan payah
Kini hal itu masih tidak berubah
Masih lagi sifir susah
Janji Allah..perjuangan ini kan tetap ada gundahnya
Namun hati yang kuat bersih tenang menadah
Bertukar generasi cuma
Bertukar kemudi cuma
Tambah gagah dan mencapah
Alirannya satu matlamat tetap padu satu
Alhamdulillah.
Aku kini melihatnya dan aku yakin
Kau juga melihatnya sahabat
Kita yang merentang hamparan
Biar bertulang
Asasnya biar kukuh..
Langsung mengikut jadi senang
Sahabat, terima kasih mengingatkan
Piano: Green hope
Cerita Habib: Rindu sahabat seiring berjuang, moga berjuang hingga lemah,lesu, malas,takut dan jemu,...ikut lemah, lesu malas, takut dan jemu untuk mengejar kita.
2011-08-16
Hikmah yang Tersimpan
Susun rapi aturan hidup
Bergelojak rancak sang badai
Tiada henti hembus si aman tenang tenteram
Semua
Menari bersama ceria dan suram
Hikayat manusia bukan sesenang dibaca mata dan akal
Dipandang bukan
Didengar pun bukan
Moga yang sabar, yang tenang, yang bersih, yang penuh iman, dan yang penuh redha pantas menangkap
Ada hikmah yang tersimpan
Cerita habib: Rabbi habli hukman, walhiqni bissolihin. Amin.
(Assyu'ara: 83)

2011-08-11
usia senja
usia ini adalah fatamorgana
selalu menipu dan menyongsang akal manusia
ia membisikkan kemudaan pada hatimu
lalu kau habiskan ia dengan pelbagai noda
tak terasa engkau esok nyawamu direnjat
usia ini bukan milik kita
ia hanya pinjaman yang tidak dikhabarkan tarikhnya
lalu masihkan kita punyai ruang untuk bercanda alpa?
p/s: selamat hari lahir sahabat. Moga usia ini adalah usia perjuangan.
~tetamu ramadhan
11 Ogos 2011
bumi wakafan MADI, Perlis

2011-08-05
Crescent of Ramadhan
Long waits
Counting days
Opened heart
and sizzle pray
Beautiful dawn
Beautiful glaze
and holy space
O Allah, grant to me your grace,
for this I pray,
to carry on my work from day to day.
Cerita Habib: I love Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)