:: Episod Hati : Bersangka Baik
Hati tersenyum riang,
tatkala kesenangan bertandang.
Hati merudum duka,
tika kesusahan melintas,
Saat itu,
ingatan kita kembali pada siapa?
Hati yang sentiasa mengingati Robbnya,
kata syukur sentiasa meniti di bibirnya.
Hati yang sering alpa dengan hal duniawi semata,
kata keluhan menjadi irama bibirnya.
Saat itu,
apakah sebenarnya yang kita harapkan?
Allahu Akbar,
Allah Maha Besar,
Senang susah, Suka duka,
dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
Tidak rugi mengucapkan Alhamdulillah tika suka atau duka.
kerana itu petanda kita bersangka baik dengan Allah.
sukar kah?
Ucaplah Alhamdulillah, nescaya bibirmu akan tersenyum kala suka atau duka.
-lunch time; 12:48-
2012-09-30
2012-09-20
Ramadhan yang dirindui
Gema takbir disambut palu selautan malam,
tapi hati ini pilu semahunya
ramadhan yang menjulang keberkatannya telah lenyap diufuk bulan,
apakah daku sempat bertalaqqi dengannya lagi?
kini, syawal memerangkap bulan,
Tuhan hadiahkan sebuah kemenangan
buat mereka yang peroleh ijazah taqwa,
ayuh, kita raikan dengan jiwa hamba
tasbih rindu menyahkan gusar
zikir hati berulang kali mohon diri dilindungi
takbir kebesaran..
Allah hidupkan kami untuk bulan-bulan mendatang
biar mampu berterusan
biar bertemu lagi Ramadhan akan datang,
andai gugur di tangah jalan,
Tuhan, jadikan kami abid syahid yang pulang..
-Tuan Habib
2012-09-15
Kembali
Aku rindu,
pada waktu itu,
kekuatan yang memeluk daku,
pada cinta itu,
kebahagiaan yang membuat aku terbang,
pada rasa itu,
ketenangan yang melingkari sanubari,
dan pada pena yang memberi nafas pada hidup.
Aku benar-benar rindu,
dan kini aku kembali,
dicelah kekalutan belantara resah dan gelisah,
dalam larian kehidupan yang amat memenatkan.
Moga aku kuat!
Subscribe to:
Posts (Atom)