2010-11-08

Mengapa

Jangan disoal
mengapa kulitku hitam
mengapa mataku bulat
mengapa aku tak tinggi
mengapa aku begitu dan begini
Allah tak pandang semua itu
Yakinlah

Persoalkan
mengapa hatiku hitam
mengapa imanku sakit
mengapa jiwaku resah
mengapa dan mengapa

Allah mencari mereka yang paling tinggi taqwa
bukan yang paling kacak dan cantik.
kerana yang yang bertaqwa itu sangat kacak dan cantik
pada hakikatnya.

~dari gema suara
junaidiahmad
Kangar,Perlis

2010-11-07

Berubah

Wahai aku,
Berubahlah,
Untuk merubah.

dunia sedang menantimu.


~dari gema suara
junaidiahmad
Ogos 2010
Kangar,Perlis.

2010-11-03

Disana kita sama

Di kubur
aku memanggil lantang
Di mana si kaya?
Di mana si kuat?

Tetapi sepi
Tiada yang menyahut
Semua diam membisu..

~dari gema suara
junaidiahmad
Februari 2010
Shah Alam, Selangor.