2011-02-28

SAJAK PERJUANGAN TUAN –EPISOD 2


Prolog:
Sudah terbina asas-asas biar sekukuh mampu
Kerana sedar biar yang berturutan langsung menjadi senang
Kapal tak bisa karam
Sudah hati redha dan sedia untuk jaga
Kerana sedar kebun mana dapat dituai hasil jika tak dijaga
Sudah hati cuba hadir seikhlas mungkin
Iltizam atas jalan ini
Kerana sedar sukarnya tiada aksara yang bercerita
Sudah jiwa sedia badai memukul dan guruh berteriak
Kerana sedar mengemudi bahtera umat cedera
Susah payah itu sifir biasa

*********

“Hati-hati teman
Hati-hati teman
Langkah depan mu bukan sembarangan..”

Tuhan, kali ini
Hidup-hidupku tak seperti selalu
Makin lama makin menimbun masalah
Makin lama makin resah gelisah
Makin lama makin rumit bila difikirkan
Manakan tidak…
Dewasa dan usia kian tua
Amanah tiada lagi sama darjatnya
Tanggungjawab tiada lagi serupa, bahkan serasa berat terseksa

Sungguh diri kerap kali tidak beradab
Menjadi manusia; sentiasa mengeluh sepanjang perjalanan
Yang pasti ada kesudahannya
Mengapa begitu hilang thiqah pada Tuhan
Yang pasti sentiasa bersama tiap-tiap hamba yang Ikhlas rujuk padaNya
Hadir bersama ketenangan dan taman-taman yang menghiburkan

“Hati-hati teman
Hati-hati teman
Langkah depan mu bukan sembarangan..”

Justeru Rabbi,
Atas dunia fana ini,
Izinkan aku bercinta denganMu
Izinkan aku bercinta dengan kekasihMu, Muhammad Rasulullah
Izinkan aku bercinta dengan hamba-hamba yang turut bercinta denganMu
Izinkan aku bercinta dengan makhluk-makhluk yang bertasbih memujiMu
Bantu aku utuh, teguh hadapi musuh nyataMu dan tepis nafsuku

Agar tatkala aku hendak futur
Ada seru…hambaKu, marilah kembali pada TuhanMu.

DARI HATI YANG BERKATA BERJUANG: TUAN HABIB
~DOAKU (INSTRUMENTAL)_HADDAD ALWI~

P/S: Pesan pada manusia  bisa disampaikan,
Pesan pada diri rumit bila diusahakan

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.-Muhammad:31


No comments:

Post a Comment