aku:
bintang malam ini cantik
kau :
bukankah bintang itu sama
statik tidak berubah?
tidakkah ia sama malam sebelum
dan juga sama malam hadapan?
aku :
tidak, bahkan berbeza jauh
malam ini senyuman bintang indah sekali
galaknya mereka berkelip
semalam suram tak bercahaya
esok? belum kenal aku sifatnya
mungkin kembali suram
tapi inginku ia sentiasa tersenyum
kau :
kenapa?
aku :
kerna aku bahagia bila melihat senyumannya
ia seperti senyumanmu, sahabat. =)
~dalam bahagia
junaidiahmad
28 Feb 2011
B14
kau: aku juga bahagia. kerana senyumannya seperti senyumanmu juga sahabat.
ReplyDeletepergh!!!! perasan plak dah ana ni!