2011-04-18

negara Austuroja

arakian tersebutlah disebuah negara Austuroja yang dikatakan aman damai oleh maharajanya - yang bahagia baharu menikahi bidadari dari syurga luar.

adapun pemilihan maharaja di negara Austuroja ini dilakukan 5 tahun sekali. maka telah tiba saat dan waktu pemilihan tersebut. maka maharaja tersebut sangatlah gusar dan risau.

maka adapun sebelum hari pemilihan tersebut, turunlah segala bapak menteri mahupun dato'- dato' bentara dari singgahsana beradu masing-masing, menghina diri menyembah bumi milik rakyat jelata.

maka bertebaranlah bapak menteri ke serata pelusuk Austuroja menjaja janji dengan secawan air liur. maka takutlah kilat dan guruh mendengar pidato mereka kerana terlalu hebat dan lantang.

maka disebuah hujung kampung di kawasan pedalaman negara Austuroja, adalah seorang bapak menteri bersama khadam-khadamnya menyinggah akan kampung itu.

maka lalu ia bapak menteri menebarkan jala janjinya.

"wahai rakyat jelataku sekali, jika kalian memilih kami pada waktu ini maka tiadalah menyesal kalian" ucap sang bapak menteri.

"sungguh kasihan daku melihat kalian, kampung kalian sungguh dhaif, maka akan kami bangunkan menjadi sebuah kotaraya seperti negara isketambola. tentu kalian suka. mahu??"

maka segerombolan akan rakyatnya menjawab ,"mahu!!!

" adapun demi keselesaan rakyat jelata akan kami pasangkan wifi diserata pelusuk kampung ini.."

"bapak, ngak tanya skit boleh?" pak Jibon,rakyat kampung itu mencelah sambil mengangkat tangan lagak Usop Wilca.

" Ya, silakan." kata bapak menteri.

" wifi itu, rebus dahulu atau boleh makan terus???"

Maka terngangalah akan bapak menteri mandengarkan soalan yang diberi. adapun khadam-khadamnya menahan perut akibat kegelian yang melampau.


~ akhir zaman
18 April 2011

No comments:

Post a Comment