2010-12-30

Sekeping palestin



















i
sekeping palestin dan serumpun hati
hanya bersatu pada sebutir musim

ii
sekeping palestin dan serumpun hati
dijunjung dan dijuang
diangkat dan dijulang
sebati dengan nyawa sendiri kononnya

iii
sekeping palestin dan serumpun hati
habis musim dimamah arus masa
bercerai tanpa talak
disisih dan dipinggirkan
bagai tak bernilai

iv
sekeping palestin dan serumpun hati
adalah ruh dan nyawa
dicabut satu, sampahlah ia

tapi mengapa mereka tidak memahami?

(jangan lupa doa kalian)

~dari gema suara
junaidiahmad
30 Disember 2010
DKM 3, Taman Muhibah.

2010-12-28

setia



















dan kau masih di sana
menanti secebis sinar harapan

dalam hujan kelam.

~dari gema suara
junaidiahmad
Kuala Kedah
26 Disember 2010

2010-12-19

lelah



















lelah
dengan dunia
tertiarap keletihan
virus melemahkan

hanya
sujudku padaMu penawar.

~dari gema suara
junaidiahmad
19 Disember 2010
Padang Machang, Perlis.

2010-12-13

pinjamkan ruhmu


















Puisi Untuk Zainab Al Ghazali Al Jubaili

Ya Bint Ghazali
izinkan aku mengikuti langkahmu
kau tegar berdiri dijalan ini
tidak bisa diundur setapak
walau dirimu diratah cemeti syaitan Jamal Abdul Nasir
aqidahmu benar lagi hidup
neraka syaitan itu tidak mampu,
membakar imanmu

sungguh, jasadmu disiat-siat dan,
disebat berulangkali hingga,
tiada ada bahagian tubuhmu yang terlepas
dari cemeti dan tongkat syaitan durjana
tapi, alangkah bahagianya engkau
ucapan padaNya tiada henti dibibirmu
"Cukuplah Allah sebagai pelindung kami"

Ya bint Ghazali
Saat ada jiwa yang bernama lelaki mengungkap dusta dan khianat
pada amanah Ilahi lantaran,
tidak tertahan nista dan seksa diri
Kau tetap keras berbicara benar,
biar badan hancur, syahid tetap diimpikan.

Ya bint Ghazali
izinkan aku anakmu ini
meminjam ruhmu
menjadi selimut hati yang penakut
menjadi peneman buat diri
menelusuri jalan yang kuyakini
hingga akhir.

~dari gema suara
junaidiahmad
13 Disember 2010
DKM3, Taman Muhibbah.

2010-12-04

satu pertemuan

















Oh Tuhan
Aku ingin menari bersamaMu
dalam rentak bayu syurga
kita ketemu tiada penjuru

ku titiskan pena cinta
menjadi pengisi rinduku padaMu
tegar rasa genta menyimpuh

ku cantas segala dedalu syaitan
cuba melingkari hati ini dengan tipuan
ku cabut duri-duri perangkap
satu demi satu, ku hela

ku yakin,
Kau tiada helah pada janjiMu

~dari gema suara
junaidiahmad
4 Dis 2010
Taman Terinai II

2010-12-03

damainya sepi

sepi,
berirama tenang
.
.
.
.
.
.
syhh..
diam.

~dari gema suara
junaidiahmad
3 Disember 2010
Taman Terinai II

tanpa hati

ku punyai
sebuku hati
dirobek,
ditelan lahap sang algojo
tanpa sedar

namun
selagi nafas ku bernadi
benang kemaafan ku sulam

kerana, aku tahu
dia sama, manusia seperti aku.


~dari gema suara
junaidiahmad
3 Disember 2010
Surau Jejawi.

2010-12-01

bidadariku

dia
adalah malaikat
menghalau syaitan mendekatiku

dia
adalah mahaguru
mengajarkanku tinta dan aksara kehidupan

dia
adalah penghibur
melunakkan hati manjaku setiap malam

dia
adalah kekasih
menitiskan sayang dan cinta tiada tara

dia
adalah segalanya
Itulah ibu-seorang bidadari untuk dunia.

*mak, aku rindu padamu.

~dari gema suara
junaidiahmad
30 November 2010
Taman Terinai II