ku punyai
sebuku hati
dirobek,
ditelan lahap sang algojo
tanpa sedar
namun
selagi nafas ku bernadi
benang kemaafan ku sulam
kerana, aku tahu
dia sama, manusia seperti aku.
~dari gema suara
junaidiahmad
3 Disember 2010
Surau Jejawi.
No comments:
Post a Comment