2011-01-24

PERAK YANG MENGALIR

Ada satu rasa indah lagi menyakit
Rasa rindu yang menggigit
Ya.
Haru benar hati ini.
Namun jernih hati lantas
Meraut ulam-ulam kata
Selawat itu jalan cinta nabi

Allahumma solli 'ala Muhammad
Wa 'ala ali Muhammad
Allahumma solli 'ala Muhammad
Wa'ala ali Muhammad
Allahumma solli 'ala Muhammad
Wa'ala ali Muhammad

Moga rindu..mampu sampai ke langit
Moga jalan yang dikata mengikut susur ini
Mampu dilihat sebagai usaha
Moga rindu ini, saksi cinta

Allah..perih benar jalan kekasihMu
Namun ini jalan yang ingin ku tuju.
Kerana ia menuju cintaMu

Sesaat ini,
Ruang-ruang cinta dan rindu bergema lagi
Bahkan lagi kuat
Mahu dikata apa
Ujian banyak benar
Allah..
Ujian banyak benar
Allah..
Ujian banyak benar
Allah..

Senyum itu terhinggap difikiran
Ya.
Semangat itu.
Kekuatan yang datang entah dari mana
Namun yakin,
Itulah hembusan dari langit
Allah takkan biar hambaNya sendiri

Rabbi
Kekasih Mu itu terlalu halus pekerti
Serasa halus pekerti aku pun belum tentu suku sifatnya

Serasa bahang ujian ini makin menggamit
Terus..
Rindu makin menggigit dan menyakit
Betapa aku rindukan susuk manusia mulia
Yang pantas teguh dalam perjalanan
Iman itu..semangat itu..peribadi itu..

Andai kita dapat berlayar bersama
Syurgakah aku?
Andai kita berlayar bersama ya Rasulullah
Jerih-jerih ini manis
Melihat perak yang mengalir

Allah..takdir cinta aku ini begini.
Redha dan sabar itu aku dahului
Biarpun sekadar
Pemain gigi air
Namun tetap berbuat sesuatu
Demi cintaku

Moga semaian cinta ini
Aku tanam kemas-kemas
Sisipan rindu hati ini
Aku siram rimbun-rimbun
Moga jernih hati KekasihMu itu
Turut mengenaliku,
Melebar tangan menyambut cintaku

Ya Rasulullah, Kami merinduiMu.

























Cerita Habib: erm.. kali ni rase susah sket wat keja. ntah la. tapi bila pk balik, Allah ada. Rasulullah 2,3 kali ganda rasa. adei.. nak nangis rase. Jemput baca surah Muhammad. 

2 comments: