saat langit bisa berbicara
saat matahari mampu bersuara
saat bumi pandai berkata-kata
manusia pula menjadi kaku dan kelu.
30 Jun 2011
bumi wakafan MADI
2011-06-30
2011-06-29
Si Pengail vs Si Penebar Jala
Abjad direnda menjadi kata (a.samad said)
Indah lantunan bagai purnama
Siapalah kiranya si penebar jala
Andai hadir si pengail kata
2011-06-27
BUKAN KOSONG
Sorotan lampu hijau,kuning dan merah
jalan raya kian meriah
ada saja suara laungan hak penuh gagah
mohon kerajaan melihat rakyat tuntut akibat barah
Perlu saja ditaburi kekuningan kali ini
Biar yang takut terus tersentak gugup
Hanya bersuara secara berjemaah...
Menegakkan pendirian penuh tegas dan hemah.
Bersatu langkah untuk menunjukkan ini perpaduan ummah
Takkan nak gi serbu pejabat sampai punah ranah?
Kali ini kami datang beramai-ramai.
Pendirian kami bawa dengan aman dan bijak pandai
Andai ada yang berkelakuan kurang manusia kiranya
Itu bukan dari saff kami yang berduyun ramai
Belum lagi di mohon semua menteri letak jawatan
Sekadar mahu telus, amanah dan adil pimpinan kerajaan
Hal serius, kami bawa cara serius.
Hal serius, kami bawa cara serius.
Itu pun mereka cover line dan buat isu tak tentu pasal
Yang gabra semacam, apa hal?
2011-06-25
dunia baru II
betapa membina dunia baru bukan sekadar cuma menyusun batu-bata tanpa ruh,
betapa impian ini tidak akan terbina melainkan dengan air mata dan darah,
betapa pula ramai sudah arjuna sakti dan pahlawan terbilang kecundang di arena ini,
aduh..tiada aksara bahasa yang mampu melakar rasaku,
gementar... kerna sungguh aku lemah dan tak terdaya,
mengharap... pada Ilahi menetapkan kakiku teguh dipilihan ini,
sang bintang masih bersinar,
sang angin masih menyapa,
sang ombak masih memukul,
dan aku masih berjalan - (akan terus berjalan!),
menuju dunia baru meski kakiku letih dan berdarah parah.
25 Jun 2011
Padang Siding,Arau.

2011-06-24
Sedih Teman
Mahu berkata apa
Mahu diungkap apa
Sedih terasa
Pedih tanpa jerih
Laksana ombak menari dilautan
Hempas lepas tidak berpulas
Umpama ribut taufan senyap melanda
Kuat menakutkan tanpa kesakitan
Seorang sahabat pernah berkata,
"Daun yang kering, biarlah ia gugur.."
Dan kali ini, saya sekali lagi akur.
Cerita habib: Saya hanya mampu senyum. =)
daie yang hidup
Assalamualaikum.
Orang yang hidup dengan al-quran ni sahabat, hati mereka selalu terubat.
Terkadang terubat, terkadang tergugat.
Terubat dengan belaian ayat keramat..
Tergugat akibat peringatan dan ancaman hebat.
Teringat...
ustaz pernah kata,
"Daie yang hidup, dirinya bersama alquran, hidupnya dengan alquran. Bergema ayat alquran disetiap pelosok inci tubuhnya. Teserlah pada tindakannya."
Seorang daie,
perlu berada dibawah naungan Allah setiap masa
perlu hatinya berhubung terus dengan Allah sentiasa
perlu tawakkal kepadaNya
perlu faham dan amal isi alquran seluruhnya
perlu mengikut sunnah rasulNya
Justeru,
apa hebat jika hanya berkata.
teman yang bertandang ke taman,
Jom baca dan amal alquran!
Cerita habib:

2011-06-16
kebangkitan
benar, mereka bangsawan- punyai segalanya kekayaan untuk dimiliki
benar, mereka pemerintah- punyai segala kekuasaan untuk digunapakai
mereka gunakan segala kekayaan membeli maruah pengikut
mereka gunakan segala kekuasaan menjerut leher rakyat
tetapi awas!
sampai bila rakyat akan membiarkan leher-leher mereka dijerut?
sampai bila mereka mampu membohongi rakyat?
akan tiba suatu masa
rakyat bangkit dan menjadi mimpi ngeri buat mereka
ya, akan tiba-bahkan hampir tiba!
wahai agamawan!
masihkan kalian cuba berdiam diri melihat agama suci ini dirogol bangsawan haprak??
wahai cendikiawan
masihkah kalian lena dalam falsafah kalian, sedangkan sistem pendidikan negara makin meracau gila?
wahai sasterawan
masihkan kalian petah menulis puisi indah,padahal bahasamu dirobek dan disumbat pada lubang najis??
wahai anak-anak watan!
masihkan kalian masih lemas dalam lautan hiburan yang maha dasyat ini, sedang watanmu inci demi inci diratah rakus pemerintah dajal?
bangkitlah wahai jiwa-jiwa yang lena
bangkitlah dari belengu syaitan berwajah manusia
bangkitlah demi bangsamu, watanmu, dan agamamu
bangkitlah!!
16 Jun 2011
Arau, Perlis

2011-06-01
Kita.
Terjatuh.
Bangkit.
Terbuang,
kembali.
gagal,
Bangun.
Tiada istilah
putus asa.
Tidak Allah jadikan sesuatu,
Tanpa makna.
Terbaik buat hamba,
Duka,
Suka.
Redha,
Sabar,
Kunci tuju jaya.
Yakin janji Allah,
Sabar dengan usaha,
Bukan natijah dilihat.
Hanya,
Apakah usahamu?
Lu'luah Nur Jamilah
Subscribe to:
Posts (Atom)