2011-06-27

BUKAN KOSONG

Sorotan lampu hijau,kuning dan merah
jalan raya kian meriah
ada saja suara laungan hak penuh gagah
mohon kerajaan melihat rakyat tuntut akibat barah

Perlu saja ditaburi kekuningan kali ini
Biar yang takut terus tersentak gugup
Hanya bersuara secara berjemaah...
Menegakkan pendirian penuh tegas dan hemah. 
Bersatu langkah untuk menunjukkan ini perpaduan ummah 
Takkan nak gi serbu pejabat sampai punah ranah?

Kali ini kami datang beramai-ramai.
Pendirian kami bawa dengan aman dan bijak pandai
Andai ada yang berkelakuan kurang manusia kiranya
Itu bukan dari saff kami yang berduyun ramai

Belum lagi di mohon semua menteri letak jawatan 
Sekadar mahu telus, amanah dan adil pimpinan kerajaan
Hal serius, kami bawa cara serius.
Itu pun mereka cover line dan buat isu tak tentu pasal
Yang gabra semacam, apa hal?


No comments:

Post a Comment