2011-01-11

KEMBARA MENCARI SAHABAT


Ya Rahman
Sisipkan rindu untuk aku
Moga aku bisa bernafas tenang
Merindui cintaMu tanpa kelam.

Namun ironinya hidup ini
Aku adalah manusia
Punya perasaan cinta dan
Juga terdedah noda.

Allah,
Kali ini aku kembara lagi
Jauh dari kerabat
Mencari Rabbi yang dekat
Juga seorang sahabat.
Makin dewasa,
Siapa mampu dusta
Manusia perlu teman bicara
Penyejuk mata mendamai jiwa

Lalu sepanjang kembaraku
Aku tabur satu persatu benih cinta pada manusia
Moga yang menerima jadi senang
Yang memberi turut lapang
Moga Allah redha, Rasul rahmat.

Lalu sepanjang kembaraku
Aku kutip satu persatu
Sayang-sayang hambaMu
Biar jadi semangatku,
Penguatku, hidupku,
Aku sedar, apa erti manusia tanpa rasa.

Lalu sepanjang kembaraku
Aku temui pelbagai ragam hambaMu
Ku kira, siapa di antara mereka
Yang bakal mengisi penuh hatiku
Ingin sekali meluahkan selaksa cinta
Ingin sekali mengungkapkan sayang sedalam-dalamnya
Ingin sekali merasa nikmat, berkasih ke syurga.

Justeru, kembaraku ini yang entah bila akhirnya
Akan ku teguh, pasak niat keranaMu
Agar cintaku, seiring cintaMu
Agar sayangku, bersama sayangMu
Agar rinduku, semanis rinduMu.

Tatkala manusia resah
Moga aku tenang dengan solah.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal
Waastaghfirullah ‘ala kulli zanbin.























Cerita Habib: “Ya Allah, aku mohon cintaMu, dan cinta orang-orang yang mencintaiMu, dan segala amalan yang mendekatkan aku dengan cintaMu. Berilah aku mencintaiMu, merinduiMu, mengingatiMu lebih dari segala-galanya.”

Isya’-10 Jan 2011
Impiana
Minus One Takdir Cinta-OST Ayat AYat Cinta



No comments:

Post a Comment