2011-01-06

sajak perjuangan tuan


















rentang-rentang kain biar bertulang
asasnya kukuh
yang berturutan langsung jadi senang
namun semua itu
bukan melakar sampan di pepasir
sedang kapal belayar itu
harungnya ombak besar
kuat menghempas dan bisa karam
hingga nakhoda terkadang hilang akal

rentang-rentang kain biar bertulang
asasnya kukuh
langsung yang mengikut jadi senang
namun, tatkala menanam
walau mula, tanah gembur subur
akar kukuh, segar hidup
tanpa jaga, layu dan mati juga
kebun mana dapat dituai hasil jika tak dijaga
sudah dikatakan tadi..ombaknya besar
mahu belayar apa jika tiada persiapan

rentang-rentang kain biar bertulang
asasnya kukuh
yang berturutan langsung jadi senang
membajak cinta ilahi bukan pada tanah
disirami air subur bertanjak
tapi pada hati yang kudus
sukarnya tiada aksara yang bercerita
hanya jiwa mulus merasa
sakit perlu diubati
melihat umat derita panjang
dalam gelodak ombak hina

rentang-rentang kain biar bertulang
asasnya kukuh
yang berturutan langsung jadi senang
badai yang memukul
guruh yang berteriak
bukan halangan pada kita
mengemudi bahtera umat cedera
susah payah itu sifir biasa
disini kita bersatu
tapak pejuang lama kita telusuri, bersama,
dan bukan pula kita mengakhirinya
yang pasti berjuanglah hingga nyawa terhenti


~dari hati pejuang
Tuan Habib
Januari 2011

No comments:

Post a Comment