2010-11-28

tangisan rindu

terasa jauh denganMu

Tuhan,
aku ingin menangis
sepuasnya

tubir mata ini makin mengeras,lalu inginku lembutkan
hati ini makin mengotor, lalu izinkan aku membasuhnya
jiwa ini makin menjauh, lalu aku ikatkan kembali
dengan tangisan ini

Tuhan,
biar mataku bengkak
asalkan hati ini,kembali bersih
biar mereka kata aku gila-menangis seorang diri
asalkan aku bahagia Engkau disisi
biar mereka fikir aku lelaki yang lemah - menangis seperti anak kecil
asalkan aku kuat Engkau bersama
dengan tangisan ini.

Tuhan,
Sungguh aku terasa rindu
padaMu

terimalah rindu aku ini Tuhan.
terimalah.

~dalam tangisan
junaidiahmad
Taman Terinai II
27 Nov 2010

2010-11-25

bercinta

bercintalah dengan Izrail

agar,
kau faham
rindumu pada dunia
hanya debu yang kotor

bercintalah dengan Izrail

agar,
dia menjemputmu
dengan wangian kasturi
dan wajah yang manis

kau pasti bahagia.

~dari gema suara
junaidiahmad
24 Nov 2010
Taman Terinai II.

2010-11-24

Selagi nadi berdenyut

parah
tapi, belum mati

maka,
bangkit dan gerak!

hingga mati.

~dari gema suara
junaidiahmad
23 Nov 2010
DKG4, kubang Gajah.

2010-11-23

Solusi dunia racau

dunia makin racau
manusia telanjang tanpa malu
sang adil dituduh penipu
maksiat itu menjadi perlu
oh duniaku

maka harus ditanya pada diri
apa tugas kita disini?
lalu tiada syak lagi,
kita mesti baikinya kembali!

tapi,
semudah itu?
semudah mengetuk beduk?
semudah mulut melepas lelah mengucap kata?
semudah lidah belitmu menipu pada kertas?

bagi,
hati yang tahu beratnya amanah ini,
jiwa suci yang benar faham akibatnya,
bersiap dengan zirah iman yang tegar
berbaris soldadu pada saff yang utuh

dan,
deruan nafas senantiasa ghairah
ingin melihat dunia ini damai
ghairah ini dipateri kuat pada sanubari
api tak mampu cairkannya
karat tak mampu gugatnya

lantas,
mereka bekerja,
mereka bertindak
sehabis upaya mereka
(ku ulang) sehabis upaya mereka

dengan,
tenaga,
dan masa,
dan darah,
dan harta,
dan nyawa,
tertumpu pada satu matlamat

biar,
dihina orang menghina,
dimaki orang yang memaki
mereka tetap keras-tidak berganjak

kita?
ah, lemparkan ketepi sepatu penakutmu
biar berkaki ayam namun biarkan jiwamu bebas
sebebas helang di udara
tiada rasa takut pada ketinggian

dan,
tempatkan dirimu dalam kelompok mereka

yang,
hati mereka hanya ada Tuhan yang Esa

dalam,
setiap penjuru ruang oksigen hidup

itu solusi
itu jawapan
untuk membaiki dunia kembali.

~dari gema suara
junaidiahmad
22 Nov 2010
Taman Muhibbah

2010-11-22

rasa kita sama

pada diksi yang berbeda
kita punyai rasa yang sama

ku yakin
arus kita sealir
tidak terbina ombak
cuma semilir menyapa tenang.

~dari gema suara
junaidiahmad
21 Nov 2010
Taman Terinai II

2010-11-21

Puas

duka luka ini
adalah
hadiah untukku
dalam pencarian

aku puas walau sakit

~dari gema suara
junaidiahmad
21 November 2010
Taman Terinai II

2010-11-20

Salam Imtihan

Nota itu
nota ajaib
tersimpan segala hikmah
nota ilmu
dilakar si sarjana

Nota itu
nota senjata
tatkala perang bermula
diasah dan digilap
tajam dan kilat

Nota itu
nota penentu
menang atau kalah!
gembira atau kecewa!

Maka
coretlah nota itu
dengan warna-warna yang indah.

~dari gema suara
junaidiahmad
Oktober 2009
Kangar.

2010-11-09

Ia hampir

ku rasa
ia hampir

baik, aku nak bersiap dahulu.

~dari gema suara
junaidiahmad
9 Nov 2010
Taman Terinai II.

2010-11-08

Diam itu lebih baik

Diam - ternyata,
ia lebih baik bagimu.

~dari gema suara
junaidiahmad
08 Nov 2010
Taman Terinai II, Bintong.

Aku merindui kalian II

Indah kembali
Debu padanya hilang
Pada cermin kenangan itu
Takkan ia berdebu lagi
Pasti.

Hilang sepi
Ceria kembali
Perut hati terisi
Kenyang.
Puas.
Karipap rindu ku kunyah sedap.
Berintikan memori dan kenangan kita.
Manis.

Ku berkelana kembali
Moga ketemu lagi
Selamat berjuang buat sahabat sekalian.
Aku pasti merindui kalian.
Doakan aku tsabat disini atas jalanNya.
InsyaAllah.

~dari gema suara
junaidiahmad
Feb 2010
Seksyen 25,Shah Alam.

Mencipta seni mati

engkau menangis
mereka ketawa
waktu itu

nanti, biarkan mereka menangis
biar engkau tersenyum pula.

~dari gema suara
junaidiahmad
8 Nov 2010
Taman Terinai II,Bintong

Falsafah banjir

mereka bilang banjir ini musibah
memusnah harta
merosak tanaman
membunuh ternakan

aku bilang banjir ini rahmat
membina jiwa kental
memateri aqidah teguh
mengikat hati-hati padaNya

banjir ini,
membuat mereka tahu
siapa tuhan siapa makhluk.

maka aku katakan ia rahmat.

~dari gema suara
junaidiahmad
8 Nov 2010
Taman Terinai 2, Bintong.

Aku merindui kalian

Baru kini aku sedar
Erti ukhwah yang bertaut
Antara kau dan aku
Tiadamu disisi
Membuat duniaku gelap
Aku meraba keseorangan

Ketika bersamamu
Aku tidak merasai
Wujudnya engkau dalam hidupku
Kita bertegang urat
Bertikam lidah
Mempertahankan buah fikiran
Mencari formula mendidik umat
Suka duka ditanggung bersama
Tetapi itu ibarat debu
Langsung tidak ku peduli
Aku tenggelam dalam duniaku sendiri
Aku fikir aku mampu bersendiri
Menahan ombak ganas
Memikul gunung besar
Menyelam lautan dalam
Sendiri

Kini sepi
Kau tiada
Hatiku sunyi jiwaku kosong
Gelak ketawamu
Marahmu
Senyummu
Menjadi satu kerinduan
Buat diriku
Dan jiwaku

Biarlah kali ini
Aku pulang
Memahat dan mengilap kembali
Cermin kenangan kita yang berdebu
Agar ia lebih bererti
Buat bekalan perjalanan abadi

~dari gema suara
junaidiahmad
Feb 2010
Shah Alam

Mengapa

Jangan disoal
mengapa kulitku hitam
mengapa mataku bulat
mengapa aku tak tinggi
mengapa aku begitu dan begini
Allah tak pandang semua itu
Yakinlah

Persoalkan
mengapa hatiku hitam
mengapa imanku sakit
mengapa jiwaku resah
mengapa dan mengapa

Allah mencari mereka yang paling tinggi taqwa
bukan yang paling kacak dan cantik.
kerana yang yang bertaqwa itu sangat kacak dan cantik
pada hakikatnya.

~dari gema suara
junaidiahmad
Kangar,Perlis

2010-11-07

Berubah

Wahai aku,
Berubahlah,
Untuk merubah.

dunia sedang menantimu.


~dari gema suara
junaidiahmad
Ogos 2010
Kangar,Perlis.

2010-11-03

Disana kita sama

Di kubur
aku memanggil lantang
Di mana si kaya?
Di mana si kuat?

Tetapi sepi
Tiada yang menyahut
Semua diam membisu..

~dari gema suara
junaidiahmad
Februari 2010
Shah Alam, Selangor.