2011-02-28

terima kasih sahabat

aku:
bintang malam ini cantik

kau :
bukankah bintang itu sama
statik tidak berubah?
tidakkah ia sama malam sebelum
dan juga sama malam hadapan?

aku :
tidak, bahkan berbeza jauh
malam ini senyuman bintang indah sekali
galaknya mereka berkelip
semalam suram tak bercahaya
esok? belum kenal aku sifatnya
mungkin kembali suram
tapi inginku ia sentiasa tersenyum

kau :
kenapa?

aku :
kerna aku bahagia bila melihat senyumannya
ia seperti senyumanmu, sahabat. =)

~dalam bahagia
junaidiahmad
28 Feb 2011
B14

SAJAK PERJUANGAN TUAN –EPISOD 2


Prolog:
Sudah terbina asas-asas biar sekukuh mampu
Kerana sedar biar yang berturutan langsung menjadi senang
Kapal tak bisa karam
Sudah hati redha dan sedia untuk jaga
Kerana sedar kebun mana dapat dituai hasil jika tak dijaga
Sudah hati cuba hadir seikhlas mungkin
Iltizam atas jalan ini
Kerana sedar sukarnya tiada aksara yang bercerita
Sudah jiwa sedia badai memukul dan guruh berteriak
Kerana sedar mengemudi bahtera umat cedera
Susah payah itu sifir biasa

*********

“Hati-hati teman
Hati-hati teman
Langkah depan mu bukan sembarangan..”

Tuhan, kali ini
Hidup-hidupku tak seperti selalu
Makin lama makin menimbun masalah
Makin lama makin resah gelisah
Makin lama makin rumit bila difikirkan
Manakan tidak…
Dewasa dan usia kian tua
Amanah tiada lagi sama darjatnya
Tanggungjawab tiada lagi serupa, bahkan serasa berat terseksa

Sungguh diri kerap kali tidak beradab
Menjadi manusia; sentiasa mengeluh sepanjang perjalanan
Yang pasti ada kesudahannya
Mengapa begitu hilang thiqah pada Tuhan
Yang pasti sentiasa bersama tiap-tiap hamba yang Ikhlas rujuk padaNya
Hadir bersama ketenangan dan taman-taman yang menghiburkan

“Hati-hati teman
Hati-hati teman
Langkah depan mu bukan sembarangan..”

Justeru Rabbi,
Atas dunia fana ini,
Izinkan aku bercinta denganMu
Izinkan aku bercinta dengan kekasihMu, Muhammad Rasulullah
Izinkan aku bercinta dengan hamba-hamba yang turut bercinta denganMu
Izinkan aku bercinta dengan makhluk-makhluk yang bertasbih memujiMu
Bantu aku utuh, teguh hadapi musuh nyataMu dan tepis nafsuku

Agar tatkala aku hendak futur
Ada seru…hambaKu, marilah kembali pada TuhanMu.

DARI HATI YANG BERKATA BERJUANG: TUAN HABIB
~DOAKU (INSTRUMENTAL)_HADDAD ALWI~

P/S: Pesan pada manusia  bisa disampaikan,
Pesan pada diri rumit bila diusahakan

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.-Muhammad:31


2011-02-21

Between TODAY and TOMORROW

Today I walked without silence
Calm hearted people surrounds
Warm strength gripping my arms
The site shivers me with no worries and no harm
I feel the heat and enjoy the laugh
And today, I am inspired enough to stand on my own
           
Looked up to the sky
Hanging freely; unsupported
And I saw the earth is getting older; Days move faster
And somehow…what is in belongings today will move far away

Laugh for today doesn’t mean for tomorrow
Strength for today will gone; turn us down and sorrow
And I bet at that time,
Is there any lights left for me?
O Allah, I seek for Your bless
To keep me wise and do my best      
Even there are troubles, worries and unrest
I’m able to beat the rest

Wound, scars.. Hardened myself
And I.. I believe Allah always being my companion
Even in my crawl, my left soul; I can pass which is beyond
Even in my fail, my rough sail; I can cross over and move on
Allah,
Thank You.

Tuan Habib
February 2011
~Layan..Rimbun keampunan_Hijjaz~

2011-02-16

kelam

dalam kekalutan malam
cahaya rembulan makin sirna
ditelan banyang-bayang syaitan
kelam tak bertepi
sepi tak bergema

menyimpuh si cahaya meminta
diberi ruang yang keterbatasan. merayu.

ayuh! luncurkan gerakmu
gemarakkan cahaya kembali
agar, kelam itu lari menjauh
dari hati-hati yang suram

~dari gema suara
junaidiahmad
16 Feb 2011
Wang Ulu.

2011-02-08

telah

telah mereka,
bangkit dari,
mati sebelum ajal,
(manakan tidak) hanya jasad bernyawa,
maruah dan roh dirampas.

telah mereka,
bunuh rasa takut,
dalam jiwa yang, lama terdiam.

telah mereka,
berikan nyawa untuk sebuah,perjuangan dan keadilan.

itu telah mereka buktikan,
kita bagaimana?

~sedang memerhati
junaidiahmad
08 Feb 2011
D' SAJI

2011-02-05

rindu padamu



















hati ini, bagai ditikam sejuta sembilu tajam
pedihnya mengalirkan air mata

betapa,
ombak rindu ini tidak mampu lagi aku, menahannya

betapa,
bahagia aku andai rindu ini bersatu dengan jiwa kudusmu

betapa,
ingin aku bertemu denganmu
dalam mimpi-mimpi indah
dan pada hari yang kau janjikan nanti

izinkan aku bersamamu Ya Rasulullah.

"Allahumma solli a'la Muhammad"

~dari gema suara
junaidiahmad
02 Feb 2011
Wangsa Maju

2011-02-04

TRANSITION STATE

Hari in saya mahu menulis lagi. Tentang hal-hal berkaitan diri. Mungkin tiada ilmu yang dikongsi dalam entri kali ini. I'm sorry.

Ribut-ribut hati bergema.
Ku laungkan penuh kuat
Bersama petir guruh cepat-cepat
Aku mahu habisi segala rasa ini dengan pantas
Biar hilang panas
Namun gema-gema itu hanya dalam gua-gua diri
Laung sendiri dengan sepenuh hati
Ekspresi..biar hanya dalam dunia kecil ku ini

Allah,  tak sangka ada yang perasan
Rupanya ada aliran perasaan
Terus-terusan rasa itu berpanjangan
Untuk manusia yang bukan untuk dipersalahkan
Saya minta maaf.

Justeru, Allah, aku mohon tiada lagi yang perasan
Aku mohon di bantu
Tiap-tiap saat pecah dada
Aku mohon bertenang
Tiap-tiap saat susah hati dan kekalutan
Aku mohon wajah mampu ukir senyuman-senyuman
Seperti selalu
Tiap-tiap saat hati menangis dan kesusahan

Saya..memang ada keterujaan melampau.

Ya Rahman, aku mohon keterujaan itu tetap
Jika itu yang terbaik
Walau diri dihadapan, belakang, kiri dan kanan
Hancur lenyap tanpa tulang, habis direntap ranap

Ya Rahim, aku mohon kasih sayang dan cinta yang berpanjangan.
Walau diri ini,
Tak mampu setanding 
dengan orang-orang yang mencintaiMu dengan kecintaan berterusan.




Cerita Habib:

A + B --------------->  A + B + E ---------------->  A + B complex
             (addition       (transition  (removal of E)     (new compound)
               of E)                   state)                 

A, B = substrate
E= enzyme
A+B+E = transition state product
A+B = complete reaction product

dan kali ini..tiada gambar. Kerana ianya terlalu hati.

Habib AlWafiy
Tmn Impian Murni
Februari, 4 2011
Bersama Keluarga tercinta, Alhamdulillah.